Langkau ke kandungan utama

Berapa Kali Jam’ul Qur’anul Karim (2)



  • Contoh al-Quran zaman dahulu sebelum diubah dari satu tahap ke satu tahap oleh ulama' Nahu dan qurra' al-Quran

(Kitab "تاريخ المصحف الشريف" , tajuk  "كم مرة جمع القراءن الكريم", halaman 24, 25)


Berapa kali Jam’ul Qur’an?
3 kali

Jam’ul Qur’an Zaman Nabi Muhammad
1.Pada awalnya al Quran hanya dikumpul di dada sendiri- sendiri. Sebagian besar orang Arab buta huruf sehingga dalam menulis berita, syair, atau silsilah keluarga mereka hanya menuliskannya dalam hati. Termasuk ketika menerima ayat-ayat al Quran daripada Rasulullah.

2.Bermula pengumpulan al Quran dalam bentuk tulisan.Rasulullah mengangkat penulis wahyu Qur’an dari para sahabat pilihan seperti Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali, Abban bin Sa‘id, Khalid bin Sa‘id, Khalid bin al-Walid, Mu‘awiyah bin Abu Sufyan, Ubay bin Ka’ab, dan Zaid bin Tsabit. Selain penulis wahyu, para sahabat yang lainnya pun ikut menulis ayat-ayat al-Qur’an. Kegiatan ini didasarkan pada sebuah hadits Nabi :

لَا تَكْتُبُوْاعَنِّي شَيْئًاإِلَّاالْقُرْاٰنَ وَمَنْ كَتَبَ عَنِّي سِوَى الْقُرْاٰنَ فَلْيَمْحُهُ.
Artinya :
“Janganlah kamu menulis sesuatu yang berasal dariku kecuali al-Qur’an. Barang siapa telah menulis dariku selain al-Qur’an, hendaklah ia menghapusnya.” (H.R. Muslim)


Jam’ul Qur’an Zaman Abu Bakar Ash-Shidiq
1.Pada masa kekhalifahan Abu Bakar, beliau dihadapkan kemurtadan yang terjadi di kalangan bangsa Arab

2.Saidina abu bakar segera mengerahkan pasukan memerangi gejala murtad yang dikenali dengan Perang Yamamah pada tahun 11 H/633 M. Sekitar 70 orang Huffaz mati Syahid. 

3.Umar bin Khattab merasa khawatir atas peristiwa. Beliau menyuarakan cadangan untuk mengumpulkan al Quran. 

4.Saidina Abu bakar dan Saidina Umar diberikan kelapangan dada untuk memberikan tugas tersebut pada Zaid bin Tsabit mengetuai penulisan wahyu. Lalu Zaid menulis mengikut talaqqi terakhir baginda Muhammad bersama Jibrail, yang telah disaksikannya sendiri.

5.Setelah semua ayat al-Qur’an terkumpul,lembaran tersebut disimpan dalam kotak kulit yang disebut “Rab’ah”. Kemudian diserahkan kepada Abu Bakar. Setelah beliau wafat, lembaran tersebut berpidah tangan kepada Umar. Lalu setelah Umar wafat, maka lembaran-lembaran tersebut disimpan oleh putrinya sekaligus istri Rasulullah SAW yaitu Hafsah binti Umar.


Jam’ul Qur’an Zaman Saidina Uthman
1.Ketika itu, orang yang mendengar bacaan al-Qur’an yang berbeza dengannya akan saling menyalahkan. Bahkan mereka saling mengafirkan. 

2.Huzaifah bin al-Yaman resah dan mengadukan hal tersebut kepada Saidina Utsman. Saidina Utsman mengirim utusan kepada Hafsah dan meminjam mushaf Abu Bakar. 

3.Kemudian Saidina Uthman memanggil Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair, Sa’id bin “As, dan Abdurrahman bin Haris bin Hisyam. 


4.Ketiga orang terakhir adalah orang Quraisy. Saidina Uthman memerintahkan agar apa yang diperselisihkan Zaid dengan ketiga orang Quraisy itu ditulis dalam bahasa Quraisy, karena Qur’an diturunkan dalam loghat mereka, Quraisy.

5.Setelah itu, Saidina Uthman mengembalikan mushaf kepada Hafsah. Mereka menyalin beberapa lagi mushaf baru tersebut dan memerintahkan agar semua Qur’an/mushaf lainnya dibakar. Mushaf tersebutlah yang dikenal dengan mushaf Uthmani.

6.Susunannya menurut urutan wahyu, tiada ayat yang diawalkan atau dikemudiankan. Tidak pula terdapat di dalamnya ayat-ayat al-Qur’an yang mansukh atau dinasakh bacaannya.











Catatan popular daripada blog ini

Mashaf-Mashaf Uthmani (3)

Antara jenis Al-Quran mushaf Uthmani yang ada zaman sekarang. Lengkap beserta baris dan tafsir ayat. (Kitab "تاريخ المصحف الشريف" , tajuk  “المصاحف العثمانية", halaman 26, 27) Bilangan mashaf ( عدد المصاحف ) 1 .Perbalahan mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan al-Quran membawa kepada pengumpulan alQuran kali ketiga oleh Khalifah Uthman. Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a.  2.Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak enam (6) mushaf al-Quran. Sebuah mushaf [Madanil Khas] untuk kegunaan Saiyidina Uthman bin Affan r.a. sendiri yang dinamakan “Mushaf al-Imam" dan mushaf yang lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah,Kufah dan Madinah [Madanil Am]. 3.Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayah- wilayah berkenaan, bahkan dihantar bersama-samanya seorang...

Muqaddimah

Bismillah.. Blog ini membicarakan tentang ringkasan daripada kitab yg telah kami pelajari, Tarikh Mashaf As Syarif (تاريخ المصحاف الشريف) halaman 22 sehingga 27 sahaja. Blog ini menjadi tugasan buat kami pada masa ini, namun akan menjadi medan perkongsian ilmu-ilmu lain kepada kami pada masa akan datang. InsyaAllah Berikut adalah maklumat pengenalan diri kami secara ringkas : NAMA : 1) MUKHLIS 2) ARIF FAHMI SEMESTER : RIMTAZ SYUKBAH : Qiraat  INSTITUT : Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor.