Antara jenis Al-Quran mushaf Uthmani yang ada zaman sekarang. Lengkap beserta baris dan tafsir ayat.
(Kitab "تاريخ المصحف الشريف" , tajuk “المصاحف العثمانية", halaman 26, 27)
Bilangan mashaf (عدد المصاحف)
1.Perbalahan mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan al-Quran membawa kepada pengumpulan alQuran kali ketiga oleh Khalifah Uthman. Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al-Quran
yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a.
2.Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak enam (6) mushaf al-Quran. Sebuah mushaf [Madanil Khas] untuk kegunaan Saiyidina Uthman bin Affan r.a. sendiri yang dinamakan “Mushaf al-Imam" dan mushaf yang lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah,Kufah dan Madinah [Madanil Am].
3.Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayah- wilayah berkenaan, bahkan dihantar bersama-samanya seorang imam (qari) yang adil dan mutqin" di dalam bacaan al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan.
Mereka terdiri daripada:
i. Abdullah bin al-Saaib r.a. ke Mekah.
ii. AI-Mughirah bin Abi Syahab r.a. ke Syam.
iii. Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami r.a. ke Kufah.
iv. Amru bin Qais r.a. ke Basrah.
v. Zaid bin Thabit r.a. di Madinah
Keadaan / Perihal Mushaf (حالة المصاحف)
Keadaan / Perihal Mushaf (حالة المصاحف)
Kita telah tahu, dalam mushaf Uthmaniyah ini terkandung daripadanya faedah-faedah dan kelebihan-kelebihan dan kita mahu menyedarkan pembaca berkenaan dengan hakikat ini. Adakah mushaf ini terkandung padanya al-Ahruf al-Sab'ah ataupun hanya Huruf yang satu daripada al-Ahruf al-Sab'ah ini?.
1. Segolongan ulama berkata bahawa mushaf Uthmaniyah mengandungi satu huruf sahaja iaitu huruf Quraisy. dalilnya apabila Uthman melihat membaca al Quran dengan ahruf al-sab'ah ini menjadi penyebab keypads perpecahan sesamaumat Islam, sedangkan penurunannya pada peringkat awal untuk mempermudahkan dan menyenangkan (kerana kebiasaan kabilah-kabilah Arab membaca dengan satu huruf sahaja). Maka telah berhenti dalam menulis mushaf daripada huruf-huruf dan lughat ini kepada satu sahaja huruf iaitu lughah Quraisy dan Uthman memerintahkan penulis-penulis mushaf menulis dengan lughah ni berhujahkan al-Quran diturunkan dengannya (lughah Quraisy). Demikianlah telah berkata penulis penulis kitab: “Apabila berselisih kamu dengan Zaid Bin Thabit tentang sesuatu dalam al-Quran, maka tulislah dengarn lisan Quraisy kerana al-Quran ditulis dengan lisan mereka."
2. Jumhur ulama' salaf dan khalaf pula telah berpandangan bahawa mushaf Uthman ini mengandungi ahruf al-sab'ah yang mengandungi juga apa yang sabit daripada qiraat yang mutawatir pada urdhah akhirah kerana sebagaimana yang diketahui adalah mushaf-mushaf ini tidak diletakkan tanda dan baris.
Contoh : Maka ahruf al-sab'ah tersebar dalam mushaf yang enam. Terpecah padanya qiraat, (ووصى) sebagai contoh, tidak didapati dalam mushaf al-Madani dan al- Syami tetapi didapati dalam mushaf yang lain.
Dan Qiraat (تجرى من تحتها الاءنهر) dalam Surah Taubah pada tempat yang terakhir, didapati dalam mushaf al-Makki dan seumpamanya. Adapun qiraat yang sabit seperti (فتبينوا), (اف), (هيت لك) , setiap mushaf akan mengosongkannya daripada tanda dan baris.
Kesimpulannya, kalau kamu melihat kepada semua mushaf ini nescaya kamu akan dapatinya terkandung ahruf al sab'ah. Dan mazhab (pandangan ini) yang lebih menenangkan hati dan disokong kuat oleh beberapa dalil-dalil sebagaimana tertulis di halaman kitab yang seterusnya, dan perkara ini akan dibahaskan oleh kumpulan lain pula.