Dikatakan Mushaf al-Quran tertua di dunia yang masih ada. Menggunakan penulisan Mushaf Uthmani yang asli!! (Kitab "تاريخ المصحف الشريف" , tajuk “قانون عثمان فى كتابة المصحف", halaman 22, 23) Ringkasan daripada faqrah faqrah:- Faqrah pertama~ Saidina Uthman mengumpulkan ahli ahli Qurra’ untuk menulis mashaf al Quran semula dengan ahruf sab’ah, justeru bagi membincangkan mana yang betul betul mutawatir. Selain bertujuan untuk memastikan tiada yang nasakh atau penipuan atau kesilapan padanya mashaf Uthmani. Faqrah kedua~ Antara tatacara Saidina Uthman juga dalam penulisan mashaf adalah, beliau memanggil 3 orang Quraisy yang bersilisih dengan Zaid bin Thabit pada sesuatu daripada al Quran. Perkara tersebut ialah kalimah (التابوت) , Pada Zaid begini (التابوه) dengan 'ه', manakala pada Quraisy begini (التابوت) dengan ta’. Maka Saidina Uthman menyuruh untuk menulis dengan ta’ kerana ia dalam bahasa Quraisy. Faqrah tiga~ Setelah selesai penulisan ma...
Contoh al-Quran zaman dahulu sebelum diubah dari satu tahap ke satu tahap oleh ulama' Nahu dan qurra' al-Quran (Kitab "تاريخ المصحف الشريف" , tajuk "كم مرة جمع القراءن الكريم", halaman 24, 25) Berapa kali Jam’ul Qur’an? 3 kali Jam’ul Qur’an Zaman Nabi Muhammad 1.Pada awalnya al Quran hanya dikumpul di dada sendiri- sendiri. Sebagian besar orang Arab buta huruf sehingga dalam menulis berita, syair, atau silsilah keluarga mereka hanya menuliskannya dalam hati. Termasuk ketika menerima ayat-ayat al Quran daripada Rasulullah. 2.Bermula pengumpulan al Quran dalam bentuk tulisan.Rasulullah mengangkat penulis wahyu Qur’an dari para sahabat pilihan seperti Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali, Abban bin Sa‘id, Khalid bin Sa‘id, Khalid bin al-Walid, Mu‘awiyah bin Abu Sufyan, Ubay bin Ka’ab, dan Zaid bin Tsabit. Selain penulis wahyu, para sahabat yang lainnya pun ikut menulis ayat-ayat al-Qur’an. Kegiatan ini didasarkan pada sebu...