Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

Tatacara Saidina Uthman Dalam Penulisan Mashaf (1)

Dikatakan Mushaf al-Quran tertua di dunia yang masih ada. Menggunakan penulisan Mushaf Uthmani yang asli!! (Kitab "تاريخ المصحف الشريف" , tajuk  “قانون عثمان فى كتابة المصحف", halaman 22, 23) Ringkasan daripada faqrah faqrah:- Faqrah pertama~ Saidina Uthman mengumpulkan ahli ahli Qurra’ untuk menulis mashaf al Quran semula dengan ahruf sab’ah, justeru bagi membincangkan mana yang betul betul mutawatir. Selain bertujuan untuk memastikan tiada yang nasakh atau penipuan atau kesilapan padanya mashaf Uthmani. Faqrah kedua~ Antara tatacara Saidina Uthman juga dalam penulisan mashaf adalah, beliau memanggil 3 orang Quraisy yang bersilisih dengan Zaid bin Thabit pada sesuatu daripada al Quran. Perkara tersebut ialah kalimah (التابوت) , Pada Zaid begini (التابوه) dengan 'ه', manakala pada Quraisy begini (التابوت) dengan ta’. Maka Saidina Uthman menyuruh untuk menulis dengan ta’ kerana ia dalam bahasa Quraisy. Faqrah tiga~ Setelah selesai penulisan ma...

Berapa Kali Jam’ul Qur’anul Karim (2)

Contoh al-Quran zaman dahulu sebelum diubah dari satu tahap ke satu tahap oleh ulama' Nahu dan qurra' al-Quran (Kitab "تاريخ المصحف الشريف" , tajuk  "كم مرة جمع القراءن الكريم", halaman 24, 25) Berapa kali Jam’ul Qur’an? 3 kali Jam’ul Qur’an Zaman Nabi Muhammad 1.Pada awalnya al Quran hanya dikumpul di dada sendiri- sendiri. Sebagian besar orang Arab buta huruf sehingga dalam menulis berita, syair, atau silsilah keluarga mereka hanya menuliskannya dalam hati. Termasuk ketika menerima ayat-ayat al Quran daripada Rasulullah. 2.Bermula pengumpulan al Quran dalam bentuk tulisan.Rasulullah mengangkat penulis wahyu Qur’an dari para sahabat pilihan seperti Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali, Abban bin Sa‘id, Khalid bin Sa‘id, Khalid bin al-Walid, Mu‘awiyah bin Abu Sufyan, Ubay bin Ka’ab, dan Zaid bin Tsabit. Selain penulis wahyu, para sahabat yang lainnya pun ikut menulis ayat-ayat al-Qur’an. Kegiatan ini didasarkan pada sebu...

Mashaf-Mashaf Uthmani (3)

Antara jenis Al-Quran mushaf Uthmani yang ada zaman sekarang. Lengkap beserta baris dan tafsir ayat. (Kitab "تاريخ المصحف الشريف" , tajuk  “المصاحف العثمانية", halaman 26, 27) Bilangan mashaf ( عدد المصاحف ) 1 .Perbalahan mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan al-Quran membawa kepada pengumpulan alQuran kali ketiga oleh Khalifah Uthman. Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a.  2.Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak enam (6) mushaf al-Quran. Sebuah mushaf [Madanil Khas] untuk kegunaan Saiyidina Uthman bin Affan r.a. sendiri yang dinamakan “Mushaf al-Imam" dan mushaf yang lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah,Kufah dan Madinah [Madanil Am]. 3.Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayah- wilayah berkenaan, bahkan dihantar bersama-samanya seorang...

SELINGAN - ADDS

Muqaddimah

Bismillah.. Blog ini membicarakan tentang ringkasan daripada kitab yg telah kami pelajari, Tarikh Mashaf As Syarif (تاريخ المصحاف الشريف) halaman 22 sehingga 27 sahaja. Blog ini menjadi tugasan buat kami pada masa ini, namun akan menjadi medan perkongsian ilmu-ilmu lain kepada kami pada masa akan datang. InsyaAllah Berikut adalah maklumat pengenalan diri kami secara ringkas : NAMA : 1) MUKHLIS 2) ARIF FAHMI SEMESTER : RIMTAZ SYUKBAH : Qiraat  INSTITUT : Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor.